Posted in Kesihatan Mental

Cara-Cara Menjaga Kesihatan Mental

  • Mengamalkan gaya hidup sihat
    Pengalaman cara hidup yang sihat dan baik memberi pengaruh yang besar. Hal ini kerana, ia memberi kesan kepda jangka masa yang panjang. Cara ini harus diamalkan sejak usia yang muda lagi kerana ia akan memberi kesan kepada seseorang individu ketika sudah lanjut usia.
  • Menjaga Kebersihan
    Kebersihan suatu perkara yang perlu diambil berat dalam kesihatan. Persekitaran yang bersihakan memberi kesan yang baik. Persekitaran perlu dijaga supaya tidak tercemar. Apabila sesebuah kawasan mengalami kekotoran, ia menyebabkan banyak haiwan perosak terutama ‘lilati’ iaitu lipas, lalat dan juga tikus. Ia boleh menjadikan kesihatan bertambah buruk.
Posted in Kesihatan Mental

Apa itu kesihatan mental?

Penting untuk anda tahu bahawa kesihatan mental dan penyakit mental adalah dua perkara berbeza tetapi saling berkaitan. Kesihatan mental merujuk pada keupayaan seseorang untuk berfikir, rasa dan bertindak dalam kehidupan seharian mereka.

Kesihatan mental yang baik dikaitkan dengan keupayaan seseorang untuk menjalani, menghargai dan menikmati hidup dalam cara yang positif, produktif dan seimbang. Namun, individu dengan kesihatan mental yang baik juga tidak dapat lari daripada stres. Tetapi, mereka berupaya untuk menangani stres dan cabaran lain yang timbul dalam kehidupan mereka.

Individu yang mempunyai kesihatan mental yang buruk pula, mungkin mendapati diri mereka tidak dapat menangani stres, kesakitan dan masalah lain. Kesihatan mental buruk yang berpanjangan dan tidak ditangani boleh, tetapi tidak semestinya, menyebabkan seseorang mengalami penyakit mental. Di samping itu, penyakit mental juga boleh mempengaruhi kesihatan mental seseorang juga.

Lebih dikenali sebagai gangguan mental, penyakit mental adalah suatu kondisi kesihatan yang mempengaruhi dan boleh menyebabkan perubahan pada keupayaan seseorang untuk berfikir, rasa dan bertindak. Individu yang mengalami penyakit mental berasa sukar untuk membuat kerja-kerja biasa, mungkin mereka tidak dapat berinteraksi dengan orang lain, dan dipengaruhi oleh perubahan pada mood dan kelakuan mereka. Penyakit mental boleh dialami oleh sesiapa pun tanpa mengenal usia, dan gangguan tersebut

Posted in Kesihatan Fizikal

Cara Menjaga Kesihatan Fizikal

  • Mendapat Pemakanan Seimbang
    Setiap individu perlu mengambil pemakanan yang seimbang dengan mengambil makanan yang berkhasiat seperti zat, protein, vitamin dan lain-lain. Pemakanan seimbang bukan sahaja boleh menguatkan badan kita, malah dapat mengelakkan pelbagai penyakit. Secara mudahnya, setiap orang boleh mengambil makanan berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

  • Bersenam
    Bersenam juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan diri. Semasa kita bersenam, badan kita akan berpeluh dan bahan-bahan kumuh akan dikeluarkan melalui peluh. Setelah berpeluh, badan kita akan menjadi sihat dan segar. Menurut World Health Organization (WHO), badan tersebut menyarankan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas perlu bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu dengan intensiti sederhana atau 75 minit seminggu dengan intensiti berat. Ini bagi memastikan mereka sentiasa sihat dan tidak terdedah dengan penyakit.

  • Tidur Yang Mencukupi
    Bagi menjaga kesihatan, setiap individu memerlukan waktu tidur yang cukup. Setiap individu memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Apabila tidur, badan kita mendapat rehat yang mencukup dan kita rasa tidak letih. Satu kajian yang dilakukan oleh pakar bedah saraf di Amerika Syarikat, Dr. Sanjay Gupta mendapati, tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan individu berisiko tinggi diserang penyakit kronik seperti Dementia, kemurungan, kegemukan dan penyakit jantung. Oleh kerana itu, adalah penting setiap individu mendapat tidur yang cukup bagi mengelakkan serangan daripada pelbagai penyakit.